Isnin, 10 Januari 2011

Longan Ping Pong


Nama : Longan Ping Pong
Nama Saintifik : Dimocarpus Longan Lour / Euphoria Longana

Info :
Longan Ping Pong sesuai ditanam di kawasan tropika seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Ianya telah mula ditanam ditaman-taman perumahan sejak tahun 2000 dan sehingga kini. Disebabkan kekurangan bekalan benih yang bermutu dan kesahihan anak pokok yang dijual dipasaran, klon jenis ini masih mendapat sambutan oleh penanam-penanam untuk menanamnya.

Longan jenis ini hidup subur dipelbagai jenis tanah yang mempunyai saliran yang baik. Ianya bergantung kepada kadar pembajaan berjadual, taburan hujan dan peratusan cahaya yang mencukupi, pemangkasan dahan dan ranting pokok dengan betul, ketahanan kepada rintangan penyakit dan kawasan persekitaran yang baik.

Kadar pembuahannya memakan masa selama 6 bulan sehinggalah 18 bulan, mengikut saiz anak pokok yang ditanam. Saiz pokoknya yang sederhana besar dan kadar pertumbuhannya cepat, membolehkan ianya amat sesuai ditanam dikawasan kediaman yang mempunyai kawasan yang sempit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan