Selasa, 6 Januari 2009

Cempedak


Nama : Cempedak
Nama Saintifik : Artocarpus champeden

Info :
Cempedak merupakan tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah Cempedak banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pokok ini berasal dari kawasan Asia Tenggara iaitu dari Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Pokok cempedak merupakan pokok saka yang boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Ia mempunyai daun ringkas yang kebanyakkannya berbentuk elliptik. Bahagian bawah urat daun(midrib) biasanya dipenuhi dengan bulu-bulu halus. Pangkal daun berbentuk acute hingga obtus manakala hujung daun kebanyakkannya berbentuk kupsidat. Bahagian atas daun berwarna hijau tua manakala bahagian bawah daun berwarna hijau muda. Terdapat varieti cempedak dimana permukaan atas daun dikatakan sedikit malap manakala terdapat varieti dimana ia kelihatan berkilat. Pokok cempedak hampir menyerupai pokok nangka. Perbezaannya jelas pada hujung tangkai daun dimana pada cempedak terdapat bulu-bulu halus berwarna coklat dihujung tangkai daun manakala pada nangka tiada bulu halus ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan