Nama : Bakawali
Nama Saintifik : Epiphyllum Oxypetalum
Info:
Bakawali merupakan tumbuhan daripada keluarga kaktus yang berasal dari Mexico dan Amerika Selatan. Ia banyak ditanam sebagai pokok hiasan di seluruh dunia. Pokok bakawali boleh membesar sehingga ketinggian 2 meter. Ia agak unik kerana dahan dan rantingnya berbentuk leper seakan daun. Batang utama pokok bakawali berbentuk bulat dan keras. Bakawali sebenarnya mepunyai daun tetapi bersaiz kecil dan hampir tidak kelihatan. Pokok bakawali mengeluarkan bunga yang berkembang pada waktu malam.
Kegunaan:
Kegunaan:
Bunga bakawali juga dipercayai mempunyai khasiat yang baik untuk menyegarkan dan mencerahkan mata.Selepas subuh, ambil sekuntum bunga bakawali yang telah layu dan perah airnya. perahan air embun pada bunga bakawali disapukan pada mata. Antara khasiat lain bunga ini ialah diproses secara tradisional iaitu digoreng dengan minyak masak dicampur lada hitam dan herba-herba lain. Minyaknya yang pekat disimpan di dalam botol kaca untuk digunakan sebagai minyak urut atau untuk melegakan kesakitan akibat gigitan serangga, melecet dan luka kecil.
Menurut kepercayaan orang-orang Cina bahawa Pokok Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.
Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.
Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan