Sabtu, 10 Januari 2009

Nona


Nama : Nona
Nama Saintifik : Annona Squamosa

Info :
Buah Nona merupakan sejenis buah yang boleh dimakan dan dijual dipasar tani. Buahnya kilit yang berbonggol dan mempunyai banyak biji.

Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah. Pokoknya merupakan pokok renak 6-8 meter tinggi. Daunnya berselang, ringkas, oblong-lanceolate, panjang 5-17 cm dan lebar 2-5 cm. Bunganya dihasilkan dalam kelompok 3-4, setiap bunga 1.5-3 cm, dengan enam kelopak, hijau-kuning dengan keungguan dipangkal.

Buah biasanya bulat atau bujur, berbonggol-bonggol, 6-10 cm keratan rentas dan seberat 100-230 g. Isi buah boleh dimakan, putih sehingga kuning cair, menyerupai dan rasa seperti kastad. Bijinya tersebar dalam isi buah; perang hingga hitam, sepanjang 12-18 mm, dan keras berkilat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan