Ahad, 4 Januari 2009

Limau Kasturi


Nama : Limau Kasturi
Nama Saintifik : Citrofortunella microcarpa
Info :Pokok limau kasturi merupakan sejenis tumbuhan renek yang boleh digolongkan dalam kategori pokok kecil. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga lima meter.Pembiakannya melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya dari jenis hemafrodite(dua jantina).Untuk mengeluarkan hasil yang optimum ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk menggalakkan pembungaan. Ia sesuai ditanam pada tanah yang agak liat dan tidak terlalu poros.

Buahnya berbentuk seperti buah limau dengan saiznya yang lebih kecil, lebih kurang sebesar ibu jari.Baunya harum dan menyegarkan. Dikebanyakan negara barat yang beriklim temperat tumbuhan ini dijadikan tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik danberbau wangi serta buahnya yang menarik. Tambahan pula ia tahan terhadap fros

Kegunaan:
Limau kasturi banyak digunakan khususnya dalam masakan di Asia tenggara terutamanya Thailand dan Filipina.Ia juga dijadikan perisa minuman.jusnya kaya dengan kandungan vitamin c.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan