Jumaat, 9 Januari 2009

Periuk Kera


Nama :
Periuk Kera
Nama Saintifik : Nepenthes

Info :
Pokok Periuk Kera biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur, kekurangan nitrogen. Pokok Periuk Kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya.

Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengan sulur membentuk periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah merupakan epifit (epiphytic).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan