Rabu, 19 Mei 2010

Ros Jepun



Nama : Ros Jepun
Nama Saintifik : Portulaca Grandiflora

Info :
Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning, ungu dan oren. terdapat juga jenis yang mempunya campuran warna seperti merah jambu dan putih. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik. Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi. daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.

Ros

Nama : Ros/Mawar
Nama Saintifik : Rosa

Info:
Pokok Bunga Mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.

Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga parennial, tergolong dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Mawar adalah satu bunga baru bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu.bunga mawar mempunyai bau harum,biasanya mawar kampung (damask rose)mempunyai bau yang paling kuat.Dalam kebudayaan barat, dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta.

Isnin, 10 Mei 2010

Mengkudu


Nama : Mengkudu
Nama Saintifik : Morinda citrifolia

Info :
Pokok Mengkudu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Morinda citrifolia L.

Pucuk Mengkudu juga boleh dibuat ulam. Pokok ini juga digunakan sebagai ubat tradisional.

Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara. Contohnya "Noni" (Hawaii, Polinesia); "Nono" (Tahiti); "Lada" (Guam); "Indian Mulberry" (India); "Painkiller tree" (Kepulauan Caribbean); "Nhau" (Sebahagian di Asia Tenggara); "Cheesefruit" (Australia); "Bumbo" (Afrika) dan ""Kura" (Fiji). Di Malaysia Ada dua spesies mengkudu, iaitu mengkudu besar dan mengkudu kecil (Morinda elliptica ).

Sabtu, 8 Mei 2010

Kelat Paya


Nama : Kelat Paya
Nama Saintifik : Eugenia Oleana

Info :
Tinggi 15-30’, daun seragam dan berwarna hijau dan kemerahan.Warna bunga bewarna putih dan kulit. Pokok in hanya memerlukan cahaya yang separa, tanah subur dan saliran yang baik.

Ahad, 2 Mei 2010

Pulasan


Nama : Cempedak
Nama Saintifik : Artocarpus champeden

Info :
Pokok Pulasan agak menarik dan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Ia mencapai ketinggian 10-15 m; mempunyai batang yang halus 30-40 cm; dan dahan yang berbulu keperangan semasa muda. Mempunyai daun berselang, pinnate atau pinnate-ganjil, dengan sepanjang 17-45 cm, mempunyai 2 hingga 5 pasang daun kecil bersetentangan atau hampir bersetentangan, bujur atau menirus (oblong-or elliptic-lanceolate), sepanjang 6.25-17.5 cm dan sehingga 5 cm lebar; agak beralun, hijau gelap dan hampir tidak berkilat pada permukaan atas; pucat, agak kebiruan, dengan bulu halus pendek jarang di bahagian bawah.

Mempunyai bunga yang agak kecil, tanpa kelopak dengan 4-5 sepal berambut, secara tunggal atau bergugus pada hujung dahan utama atau dahan kecil, dipenuhi bulu halus kuning atau keperangan.

Limau Nipis

Nama : Limau Nipis
Nama Saintifik : Citrus aurantifolia

Info :
Limau nipis merupkan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika.

Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan Melayu seperti mee rebus, mee bandung, dan lain-lain. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi.

Limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan.

Limau Bali

Nama : Limau Bali
Nama Saintifik : Citrus Grandis

Info :
Limau bali atau juga dikenali sebagai limau tambun (Inggeris: Pomelo) merupakan sejenis limau besar yang banyak ditanam di sekitar Tambun, Perak.Nama saintifik bagi Limau Bali ialah Citrus Grandis atau Citrus maxima juga dipanggil sebagai Pomelo, Limau Besar, Limau Abung, Limau Tambun atau Limau Betawi. la dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan banyak ditanam di Indonesia, China dan Thailand. Di Malaysia, Limau Bali banyak ditanam di negeri Perak, Kedah, Melaka, Kelantan, Johor dan Sabah.

Jambu Madu

Nama : Jambu Madu/Jambu Semarang
Nama Saintifik : Syzygium samarangense

Info :
Jambu madu atau jambu air semarang (Syzygium samarangense) adalah tumbuhan dalam suku jambu-jambuan atau Myrtaceae yang berasal dari Indonesia dan Malaysia. Pohon dan buah jambu semarang tidak banyak berbeda dengan jambu air (S. aqueum), beberapa kultivarnya bahkan sukar dibedakan, sehingga kedua-duanya kerap dinamai dengan nama umum jambu air atau jambu saja.

Jambu Air


Nama :
Jambu Air
Nama Saintifik : Syzygium aqueum

Info :
Jambu air adalah tumbuhan dalam suku jambu-jambuan atau Myrtaceae yang berasal dari Asia Tenggara. Jambu air sebetulnya berbeda dengan jambu semarang (Syzygium samarangense), kerabat dekatnya yang memiliki pohon dan buah hampir serupa. Beberapa kultivarnya bahkan sukar dibedakan, sehingga kedua-duanya kerap dinamai dengan nama umum jambu air atau jambu saja.

Delima

Nama : Delima
Nama Saintifik : Punica Granatum

Info :
Delima (punica granatum) adalah tanaman buah-buahan yang dapat tumbuh hingga 5-8 m. Tanaman ini diperkirakan berasal dari Iran, namun telah lama dikembangbiakkan di daerah Mediterania. Bangsa Moor memberi nama salah satu kota kuno di Spanyol, Granada berdasarkan nama buah ini. Tanaman ini juga banyak ditanam di daerah Cina Selatan dan Asia Tenggara.

Durian Kunyit

Nama : Durian Kunyit (D197)
Nama Saintifik : Durio zibethinus Murr

Info:
Pokok Durian mempunyai dua musim buah yang utama dalam setahun iaitu pada bulan Jun hingga Ogos bagi musim pertama dan musim berikutnya pada bulan November hingga Januari. Durian kunyit tidak mempunyai rasa kepahitan tetapi rasanya sangat manis.

Durian IOI


Nama : Durian IOI (D101)
Nama Saintifik : Durio zibethinus Murr

Info:
Pokok Durian mempunyai dua musim buah yang utama dalam setahun iaitu pada bulan Jun hingga Ogos bagi musim pertama dan musim berikutnya pada bulan November hingga Januari. Durian IOI mempunyai rasa yang sedikit pahit kemanisan.

Coco Peat


Coco Peat Hancur & Tidak Hancur
Harga : RM 2.50


Kegunaan :
Digunakan sebagai medium untuk melembabkan tanah serata secara tidak langsung dapat menjadi baja terhadap tanaman.

E-Mas 5 - Racun Organik Serangga


Harga = Botol - RM14.00
5 Liter = RM76.00

Keistimewaan:
Bertindak mengawal tanaman daripada terkena serangan penyakit seperti kulat, serangan kutu, beenah putih, kurap pokok dan serangan serangga perosak. Diperbuat daripada ektrak cili, bawang putih dan lain-lain mampu untuk menangkis semua serangan tersebut.

Produk telah digunakan oleh kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan khususnya Negeri Johor.

E-Mas 5 - Racun Organik Serangga


Harga = Botol - RM14.00
5 Liter = RM76.00

Keistimewaan:
Bertindak mengawal tanaman daripada terkena serangan penyakit seperti kulat, serangan kutu, beenah putih, kurap pokok dan serangan serangga perosak. Diperbuat daripada ektrak cili, bawang putih dan lain-lain mampu untuk menangkis semua serangan tersebut.

Produk telah digunakan oleh kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan khususnya Negeri Johor.

Serkam Bakar


Harga: RM 2.50
Berat: 1 kg

Keterangan:
Digunakan sebagai medium untuk memulihkan keadaan tanah serta mengemburkan tanah yang keras. Secara tidak langsung ia akan menjadi baja terhadap tanaman anda.

Sabtu, 1 Mei 2010

Sireh


Nama :
Sireh
Nama Saintifik : Piper betle

Info :
Sirih merupakan tanaman asli Indonesia yang tumbuh merambat atau bersandar pada batang pohon lain. Sebagai budaya daun dan buahnya biasa dimakan dengan cara mengunyah bersama gambir, pinang dan kapur. Namun mengunyah sirih telah dikaitkan dengan penyakit kanker mulut dan pembentukan squamous cell carcinoma yang bersifat malignan.

Sirih digunakan sebagai tanaman obat (fitofarmaka); sangat berperan dalam kehidupan dan berbagai upacara adat rumpun Melayu.

Sirih berkhasiat menghilangkan bau badan yang ditimbulkan bakteri dan cendawan. Daun sirih juga bersifat menahan perdarahan, menyembuhkan luka pada kulit, dan gangguan saluran pencernaan. Selain itu juga bersifat mengerutkan, mengeluarkan dahak, meluruhkan ludah, hemostatik, dan menghentikan perdarahan. Biasanya untuk obat hidung berdarah, dipakai 2 lembar daun segar Piper betle, dicuci, digulung kemudian dimasukkan ke dalam lubang hidung. Selain itu, kandungan bahan aktif fenol dan kavikol daun sirih hutan juga dapat dimanfaatkan sebagai pestisida nabati untuk mengendalikan hama penghisap

Petai


Nama : Petai
Nama Saintifik : Parkia speciosa

Info :
Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Leguminosae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei and Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan.

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Baja Organik Mas Hitam (E.M)


Baja Organik Mas Hitam - Jenis Palet/Butir (0.8KG)
Baja Organik Mas Hitam - Jenis Serbuk (0.8KG)

Harga = RM5.00

Keistimewaan : Sesuai untuk semua jenis tanaman yang perlu cepat bertindak balas. Jenis tanaman seperti cili, sayuran, bunga-bunga dan buahan. Tidak melekit dan berbau, sesuai digunakan didalam dan diliuar rumah atau pejabat.

Produk telah digunakan oleh kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan khususnya Negeri Johor.